Kit Pemasaran Dropshipper

Kami faham dropshipper kami perlukan cara yang efektif. Jadi kami kongsikan kit pemasaran dropshipper untuk anda.

Mobirise
Mobirise

Gambar Produk

Gambar produk adalah cara yang paling efektif untuk mendapatkan perhatian prospek.  Anda tidak perlu menyediakan gambar sendiri, cuma gunakan sahaja gambar yang kami sediakan.

Mobirise

Copy Writing

Copywriting boleh menyentuh hati prospek untuk mengenali lebih pada produk yang kita perkenalkan. Copywriting telah dipaparkan di fan page kami. Anda hanya perlu "cut & paste" sahaja.

Mobirise

Pelan Promosi

Setiap aktiviti promosi kami mempunyai perancangan.  Untuk memudahkan kerja anda. Kami kongsikan pelan promosi kami untuk kemudahan penyediaan promosi anda.

Kategori Gambar

Anda boleh klik Kategori Gambar yang hendak anda guna di bawah ini.  Tak perlu nak jual semua, cuma pilih sahaja fokus kategori anda.

Inner Neck
Shawl
Instant Shawl
Instant Hijab
Kurung
Jubah
Blouse
Pants & Palazo

Bantuan Video Bagaimana Cut & Paste Gambar

Kami sediakan video bagaimana anda boleh "cut & paste" gambar dari FB kami

Bantuan Bervideo Cut & Paste Gambar

Bagaimana "cut & paste" gambar dari web labeyla ke Facebook anda.

COPY WRITING

Bila hati pelanggan disentuh, situlah bermulanya jualan.

COPYWRITING - Adalah satu kemahiran yang boleh dipelajari dan diamal.  Dengan latihan dan tunjuk ajar, anda boleh membuat copywriting sendiri serta menarik dan "close sale" pelanggan anda. 

MASALAH ANDA DISELESAIKAN -  Anda dibenarkan "cut & paste" copywriting La'Beyla terus ke Instagram atau Facebook anda. Kami telah sediakan copywriting yang bersesuaian dengan produk pada setiap post kami.  Ikut saja apa yang kami buat dulu... nanti dapatlah ilmu dia bila dah buat lama.

BAGAIMANA - Caranya anda hendak "cut & paste"? kami sediakan "video link" ini untuk kemudahan anda. (Klik pada "video link" untuk lihat video tutorial)

SAMBIL ITU - Kami sediakan juga tip berguna yang anda boleh gunakan apabila anda hendak bereksperimen dengan membuat copywriting sendiri.

DIKONGSIKAN - 6 Langkah di bawah yang anda boleh gunakan untuk menyediakan copywriting. (Baca jika anda rasa "cut & paste" dari page kami tak cukup untuk menarik pelanggan anda.  Setiap "follower" kita berbeza cita rasa.  Mereka mungkin selesa dengan cara anda menulis).  Untuk lalui 6 langkah ni gunakan kertas ka .. notepad ka... sebagai bahan bantuan korang untuk buat perancangan.


  1. Langkah 1 : Tetapkan Objektif anda - Tentukan apakah yang korang nak dari prospek. Adakah korang nak depa;   1) Tengok Album Gambar ka... 2) Nak diorang PM kita ka ... 3) Nak diorang Whatsapp kita ka... Tuliskan apa yang korang nak dari prospek korang kat "part" atas sekali semasa buat perancangan.
  2. Langkah 2: Intro - Tarik perhatian prospek dengan HEAD LINE yang membuatkan prospek berhenti di post korang.  Sediakan beberapa HEAD LINE masa merancang (dalam 40) headline dan pilih mana yang dirasakan akan MELATOP.  Letakkan testimoni ringkas jika perlu... tak perlu panjang.. 1 testimoni pun dah cukup pada bahagian ini.  Guna bahasa perbualan.  Tujuan HEADLINE ni adalah untuk tangkap prospek berhenti di post anda seketika untuk membaca post anda. [Boleh Klik Sini] untuk contoh HEADLINE yang anda boleh guna.  Sentuh emosi "audience" anda dengan APA "RESULT" yang anda hendak sampaikan kepada "audience" anda.
  3. Langkah 3: Cerita - Di sinilah bermulanya cerita anda. Bina kredibiliti anda pada bahagian ini. Cerita sikit la pasai anda seperti apa manfaat yang anda dapat dan produk secara ringkas.
  4. Langkah 4: Isi Kandungan (Content) - Kat sini anda tulis lah apa sebab prospek perlu membeli produk anda.  Letakkan "Feature & Benefit" atau "Ciri-ciri & Manfaat" produk.
  5. Langkah 5: Transisi (Transition) - Pada bahagian ni lak, anda tekankan lagi lebih kepada manfaat bila prospek dapat produk anda.  Letakkan lebih lagi testimoni. Letak link kepada testimoni pun ok gak.   Mula buka selera prospek untuk membuat tindakan ataupun BOOSTER.
  6. Langkah 6: Pitch :  "Guide" prospek untuk buat tindakan ikut objektif yang anda telah tetapkan masa perancangan. Nak suh depa tekan website ka, buat PM ka, suh depa call kita ka, ataupun Whatsapp kita.  Letakkan TERANG-TERANG apa yang depa kena buat. Contoh-contoh copywriting yang anda boleh guna kami kepilkan di bawah ni .. skroll lagi ke bawah.

Contoh Copywriting Labeyla

Yang anda boleh ambil dan guna. Kami mulakan dengan 4 contoh. Boleh "Cut & Paste" dan letak pada page anda ye...
(Kami letakkan copywriting yang tinggi "engagement"nye)

CONTOH #1

"[MEGA CLEARANCE!!].. NAIK LICIN RAILING DEK PENANGAN SALES MENGGILA UOLLSSS.. KAK BELL TENGOK CERTAIN ITEMS SAYU JAA..SAYUP-SAYUP STOCK RAPAT KE LANTAI.. SO SO SOOO.. KAK BELL NAK KASI HARGA CLEARANCE KASI PERABIH !!.. " 

#ClearanceShout

“ Apa pulak kak Bell!.. Dak aih.. Ni haa.. Ada items best giler yg dah nak habis dah ni haa.. Alang-alang KakBell nak licinkan terus.. Kak Bell bagi rega Clearance utk item-item ni korang!.."

"OK! ITEM NI SEMUA MMG TAK BYK DAH..ADA TINGGAL SELAI, ADA 2,3 LAI.. NI KIRA KAK BELL NAK CLEAR STOK.. NI SATGI LICIN LA NI KENA SAMBAQ !!

SAPER CEPAT DIA PUNYA!!
Uolls kena cepat.. Dah nama pun 'Clearance' .. Ya dok?

TIADA RESTOCK!!! 

[✅] HARGA RUNTUH HABIS - Clearance up to 70% !!

[✅] BOLEH ORDER DI SEMUA CHANNEL - Boleh order di semua channel order Labeyla.. Online, whatsapp, PM , dtg butik akan dpt beli.

[✅] HOT SELLING! - Bukan item terperok tau! Items hot selling Labeyla yg termasuk dlm Clearance ni.. Ni nak habiskan yg tinggal sipi-sipi punya pasai!

[✅] BANYAK NAW DISCOUNT!- Memang diskaun besaq ja yg ada dlm Clearance ni.. Rugi tak sambaq banyak-banyak!

[✅] BERPULUH JENIS ITEM - Byk giler pilihan.. Bertabahlah!

[✅} SUPPORT SISTEM- Team Labeyla sedia membantu kalau ada masalah time nak order.. Uolls contact je kami.

[✅] MUSLIMAH 1 STOP CENTRE - Mesti ada yg sesuai untuk Uoll. Persedian utk sebarang majlis.. Kami sediakan.. Siap kasi diskaun beso lagi!

[✅] HADIAH TIME! - Masa sesuai nak hadiahkan mak tudung baru, nak hadiahkan isteri jubah selesa.. Nak belikan adik yang nak convo next week.. Teringat yg tersayang! Ini masanya nak hadiahkan yang teristimewa! Morah morah wehhh !

[✅] WEBSITE 24 JAM - Uolls memang tau..Kadang 4 pagi pun mood shopping boleh onzzz! Jgan risau .. Website Labeyla beroperasi 24 jam 7 hari seminggu!

Tunggu.. 

Dah tak sabar le tuu!
.-----------------------------------------------------------------------
" PENTING.. TOLONG BACA DULUI! "
------------------------------------------------------------------------

❤️ Harga semua item 'Clearance' mmg potong sakan! Segala yg di kategori ' Clearance' di website terpotong dipotong harganya! Rugi kalau tak rebut banyak2 time ni.

❤️ Tiada Restock -> Jgn la marah team Labeyla kalau tak sempat beli. Nama pun Clearance kan.. Kena cepat rebut kay!

❤️ Jumlah shopping cecah je RM250.. Tahniahlah anda blh enjoy FREE SHIPPING selagi bermastautin di M'sia! Wuhuu!! (utk yg order di website shj!)

" CLEARANCE SHOUT hanya berlangsung sehingga semua items dlm kategori Clearance licin!!.." 

READY !! OK.. JOM..LAMBAT KANG LICIN!! KAK BELL SGT GALAKKAN ORDER DI WEBSITE SUPAYA UOLL LEBIH UNTUNG!!

CARA ORDER:
ONLINE (24 JAM)

Website: www.labeyla.com
Website: www.labeyla.com
Website: www.labeyla.com

Whatsapp: +60169808008 (Isnin - Jumaat, 9pg - 6ptg)
Whatsapp: +60169808008 (Isnin - Jumaat, 9pg - 6ptg)
Whatsapp: +60169808008 (Isnin - Jumaat, 9pg - 6ptg)

3. Agent (agen sila komen di bawah) atau list agen di website.

4. Butik Labeyla, (blkg PKNS Bangi, Sblh Fynn Jamal) -> 10pg - 6.30ptg.
--------------------
AMARAN!!!
--------------------
Order akan MASUK BERTUBI-TUBI. Sangat lajuuu dan ramaii yg nak grab.. Kalau Darling taknak kod yg diidamkan SOLD OUT.. Jangan tunggu hujung-hujung. Mula order sekarang untuk secure order!
TIADA RESTOCK untuk kod yang habis.. Cepat tau.. Habis tak dpt KakBell nak nolong ha.. !

CONTOH #2

[VIRAL! ]- INILAH ‘LUBUK’ TUDUNG SARUNG NO 1 PALING DIGILAI WANITA M'SIA.. BUKAN SHJ PLG OUTSTANDING, PALING TERBAIK.. TP JUGA PALING DINANTI KEMUNCULANNYA !


LUBNA, bkn sembarangan tudung.. Tudung paling bertahan sejak 6 tahun pengeluarannya.. Tudung eksklusif berkualiti , paling trendy dan paling banyak warna-warna dikeluarkan!.. Inilah tudung paling hot selling yang sentiasa kehabisan stok dalam beberapa jam selepas dilancarkan... Serius !

KINI IA DIRESTOCK DENGAN WARNA-WARNA TERBARU!
PILIHAN : BERDAGU DAN TIDAK BERDAGU

Hanya:
RM42 - M
RM49 - L
RM59 - XL (Berdagu sahaja)

KLIK www.labeyla.com sekarang sebelum semuanya habis!

-> www.labeyla.com
-> www.labeyla.com
-> www.labeyla.com

Whatsapp: +60169808005

-----------------
AMARAN !!!
-----------------
Ada ketika website kami JEM bila terlalu ramai jumlah pengunjung dan order masuk bertubi-tubi. Jangan bertangguh! SUBMIT ORDER ANDA SEKARANG supaya order anda tak tersangkut dan tidak dapat diterima team order...SETIAP MINIT AKAN ADA SAIZ YG HABIS..ORDER SEKARANG!!

CONTOH #3

" (TERBARU!!) - " KOLEKSI LUBNA {TIDAK BERDAGU } TERBARU DAH TIBA.. 19 WARNA.. TUDUNG PALING LARISSSSS.. 10 SAAT JE DAH SIAP! "

La'Beyla tak sangka LUBNA betul-betul dah buat semua orang tak senang duduk. Sangat ramai yang menunggu.

SEJARAH LUBNA SIKIT #KenapaHOTsungguh

* Lubna non-stop dikeluarkan hingga dah berpuluh batch. Melibatkan berpuluh-puluh warna.. BERPULUH RIBU helai telah terjual!

* Antara pioneer tudung sarung awning lembut terawal di pasaran dan kekal sehingga kini.

* Material tidak perlu digosok, boleh terus dipakai sebaik plastik balutan dibuka. Tidak perlu pakai inner.. Ia tidak jarang.

* Awning dihasilkan terbaik.. Jahitan double stitch yg tidak akan buatkan tudung anda kelepet..Tiada masalah awning patah, dijahit labuh ke rahang.. Sesuai walau apa bentuk wajah anda.

* Paling buatkan Lubna dicintai kerana bila berLubna, anda tidak perlu lagi risau bila perlu menunaikan rukun wajib. Lubna labuh menutup dada walaupun apa saiz pilihan anda. SOLAT READY!

TAK SABAR! TAK SABAR DAH NIIIII....

Bila La'Beyla.. Nak bersedia ni.. Risaunyaaa kalau HABIS!

Tudung zasss zasss sarung 10 saat siap! 

DAH TERSEDIA UNTUK DI ORDER!

__________________________

LUBNA - Tidak Berdagu M & L

** Awning panjang ke rahang, memberi effect muka slim runcing.

** Awning dijahit double stitch, membentuk muncung pada tudung.

** Jahitan bukaan pada muka yang selesa.

** Jahitan 3 seam lines yang kemas.

** Saiz yang lebih labuh, menutup sempurna depan dan belakang.

** Material cotton berkualiti, kurang kedutan dan tahan lama.

** Tudung instant yang ready disarung bila-bila masa - beriadah, menerima kunjungan tetamu, ke tempat kerja, travel.

Available in M & L

Price : RM42 (M) , RM49 (L)

Ukuran: M (+-47cm), L (+-54cm)

Bukaan muka: +-27cm

Material: Cotton

HOW TO ORDER:

ONLINE: www.labeyla.com (24 jam!)

ONLINE: www.labeyla.com (24 jam!)

ONLINE: www.labeyla.com (24 jam!)

WALK IN :

Butik LABEYLA (HAPPYLIFESHOPPE)

No 8-05-01 Bangi Sentral, Bangi

(Blkg Leeyana Rahman, sblh Fynn Jamal)

(10am - 6.30pm Everyday)

WHATSAPP: +60169808005 (reply between 10 - 7pm Mon - Friday)

PERINGATAN!!

Ada warna yang limited sungguh kuantiti.. Cepat serbu BERTARUNG di www.labeyla.com, JANGAN BERTANGGUH.. Kalau tengok mmg terlalu jarang dapat restock semula warna sama.. CEPAT TAU! #DahLaWarnaBaruCantikNawww

Enjoy your shopping! <3

#tudung #instanthijabspecialist #tudungterbaik #tudungsarung #hijabonline #tudungonline

CONTOH #4

(TERBARU!!) - " KOLEKSI TERBARU LA'BEYLA.. TERKEDU TGK WARNA2 PASTEL KOLEKSI - SHAWL TWO WAY SAKURA... 12 WARNA PASTEL , LABUH, MATERIAL FLAMINGO YANG TAK JARANG, SENANG GILER NAK PAKAI...! "

Cer kabor KakBell saper tak teringin nak pakai shawl. Selalu nampak cantik sgt org yang berselendang ni, ayunyerrr... Tapi kita ni nak pakai pun tak berapa nak reti. KakBell dah survey, orang yang bershawl ni dia mesti nak yang bila pakai tu senang menjadik.. khennn.. Material pulak mesti yang melambai-lambai lembut gebu bila pakai nampak beralun-alun ombak rinduuuu..

PERCAYALAH!! Bila dah bersakura, akan rasa macam nak lupakan yang lain ko! ;)

“ALA... SUSAH NAK BELIT?”

Hallu Halluu Halluu... Uolls try dulu.. Uolls lah org yg akan senyum lebar rapat ke telinga bila tahu yang SAKURA ni teramat senang nak pakai dek bila letak je senang nawww menjadi! Tak caye uolls try la belek warna-warna nyer semua.. Warna awet muda yg boleh mudakan bak remaja-remaja umo 18 gitchuu.. Comel sangatttt...

SAKURA ni sgt sesuai kalau Uolls :

🎀 Nak selalu nampak muda remaja.. Saper aje la yg taknak "forever young"!🎀

🎀 Nak bersiap cepat, nak anggun tapi taknak berlama-lama depan cermin... Sakura ni lilit sempoi-sempoi pun confirm korang akan jadi cun melecun 🎀

🎀 Yang selalu kena kecam takdak tudung lelawa ke , asyik pakai tudung sama jeerrr 

🎀 Suka try style2 baru.. 2 way Sakura ni blh buat seribu satu gaya lain-lain setiap hari.. uuuuulala

“MACAM BEST JERRRR!”

Memang best pun, mai KakBell nak habaq pasepa ampa kena ada SAKURA.

---------------------------

SAKURA SANGAT SANGAT SPECIAL DAN BEST SEBAB!

---------------------------

🌺 POTONGAN ISTIMEWA

Panjang 2 meter dah cukup kasi ampa buat macam-macam style. Paling special hujung shawl bentuk lain-lain.. Sebelah 4 segi, lagi sebelah curve.. Haa awesome kan!

🌺 ANTI TEMBAM

Bila kita pakai kat muka, material terpilih ni akan buatkan muka kita terbentuk runcing, cantik sangat. Muncung tu terus menjadi.. Buatkan muka tembam hilang dari pandangan, muka kurus terus terbentuk elok ja.

🌺 KONTEMPORARI

Bila Uolls pakai design ni, Uolls lah yang terkini dan in trend.. Takde lagi yang sama macam ni kat luar sana. Warna pastel pastu dijahit eksklusif ' gold metal tag' La'Beyla .. Uolls la paling menyerlah jadinya!

🌺 SENANG PAKAI

Bila material elok, design elok.. Memang hasilnya senang la nak dipakai. Habis malas, pin satu bawah dagu pusing ja kat leher,siap dan paling penting .. Cantik!

🌺 WARNA-WARNA PASTEL MELETOP

Senang gilerlah nak matching bila warna-warna lembut menawan je utk Sakura ni.. Warna-warna up to date sesuai untuk kasual atau rasmi.

🌺 TAK JARANG

Ini paling KakBell puashati.. KakBell takyah pakai innerneck pun tau, pakai serkup biasa pun tak risau nampak leher ke apa. Memang terbaik SAKURA!

=========

SIZE DESCRIPTIONS & MATERIAL

=========

+- 2m x +-0.8m

Material : High Quality Flamingo Chiffon

ADUHDUHHH... Tak sabarnyaa nak order.. Berapa harga KakBell? Rambang mata dah ni.. Cantik sangat risau sold out .. LIMITED EDITION memang tak restock dah!

" BERAPA RM NI AKAK BELL..? LEKAIH LAA, TAK SABAR NI .. HABIS JAPGI MELENGUNG KEMPUNAN.. CEPAT LAA KAK BELL !!

----------------

TAWARAN ISTIMEWA!

TAWARAN ISTIMEWA!

TAWARAN ISTIMEWA!

----------------

Normal price = RM49/sehelai exclude postage

Combo price = RM42/sehelai dgn pembelian 2 helai keatas exclude postage

[BORONG] !

Borong 20 helai, boleh dapatkan diskaun hebat. Whatsapp segera di 016-9808005 ya.

--------------

HOW TO ORDER

-------------- 

1) WEBSITE (24 hours) : 

https://www.labeyla.com/index.php…

https://www.labeyla.com/index.php…

https://www.labeyla.com/index.php…

2). WHATSAPP

Kalau Uolls suka nak chitchat, komunikasi 2 hala boleh whatsapp. Reply Mon-Fri ( 9am - 6pm)

>> +6016- 9808005

>> +6016- 9808005

>> +6016- 9808005

3) FACEBOOK: . Atau pm FB terus . Pm dalam inbox dan order terus . . 

------------------------------- 

latest update boleh follow Instagram kami : . @happylifeshoppe_labeyla.. https\://www.instagram.com/happylifeshoppe_labeyla/

4) BOUTIQUE : LA'BEYLA BANGI SENTRAL

(behind PKNS Bangi, beside Fynn Jamal 10pg - 6.30ptg)

Enjoy your shopping!

==================================

Nak info semua tudung-tudung dan jubah keluaran La'Beyla dan Nak jadi yang terawal yang tahu update terbaru.. Follow FB Page dan Instagram La'Beyla.

1) FB Page

https://www.facebook.com/labeyla/

2) Instagram

https://www.instagram.com/happylifeshoppe_labeyla/

3) Website

www.labeyla.com

Washing Guide : 

Hand wash gently in cold water and hang dry

Note : Photo may slightly different from actual item in terms of color due to the lighting during photo shooting or the monitor's display and we give our best to describe it.

#shawlterbaik

#hijabspecialist

#tutorialshawl

#heavychiffon

#tudungonline

#tudung

#tudunglabuh

Contoh HEADLINE

Yang anda boleh guna semasa copywriting untuk Labeyla
(Kami kongsikan 4 contoh Headline yang telah kami gunakan)

Contoh #1

"FIEKA - The best instant ever!"





Contoh #2

"Omeynyerrr Dusty Blush.. Warna baru utk Fieka.. Nmpk nak hampir dgn Vintage tp tak sama."


Contoh #3

"UPDATE HUJUNG-HUJUNG TANDUK STOK MALENE"




Contoh #4

"[ATTN: WANITA MENGANDUNG].. DAH NAK DEKAT BERSALIN PUN TUDUNG SARUNG SELESA DAN MESRA PANTANG TAK CARI LAGI?! "

PELAN PROMOSI

RAHSIA MERANCANG PROMOSI


Mempunyai pasukan sokongan dropship, produk yang kuat, tidak bermakna jika anda akan berjaya jika tidak menyertai aktiviti promosi kami.  Dengan menyertai aktiviti promosi kami anda akan mendapat manfaat dari segi pertambahan pelanggan dan manfaat kewangan.

"Bagaimana nak close sales    dalam dropship!" 

Dalam apa-apa perniagaan, usaha adalah komponen penting dalam menjayakan perniagaan kita. Dropship adalah satu perniagaan walaupun tiada modal.  Dengan displin yang sesuai, sales boleh di "close" dengan izinNya.

"Macam mana dan dekat mana      nak mula?"

Dalam dropship kita akan bertemu pelanggan dan kita akan perasan pelanggan kita mempunyai "specific behaviour". Anda perlu tahu apakah "pattern" kumpulan pelanggan kita.
So kita mulakan dengan pattern pelanggan ye. [ Lagi ..]

"Apa yang saya perlu tahu, apa  bahan yang saya perlu guna"

Bahan yang anda perlu guna sebenarnya ada disekeliling anda.  
Pertama Handphone anda.
Kedua Aplikasi untuk pemudahcara operasi
Ketiga Perancangan promosi.
[ Lagi ... ]

"Pattern Pelanggan"

Setiap pelanggan adalah unik. Tetapi sekumpulan pelanggan mempunyai 'behaviour' yang sama. Kami kongsikan bagaimana "behaviour" pelanggan yang membeli tudung dengan La'beyla.

Mobirise

Demografik Pelanggan

Demografik pelanggan La'beyla penting dalam menentukan apakah produk yang sesuai diketengahkan kepada pelanggan.

1.  Kumpulan umur pelanggan adalah antara umur (18-24 tahun, 25-34 tahun, 35-44 tahun). Umur 25-34 tahun adalah umur majoriti)

2.  Majoriti pembeli adalah dari Lembah Klang. Dan pembeli yang membeli banyak adalah dari bahagian Borneo, Selatan dan Pantai Timur.

3.  Pembeli dari bandar lebih kerap membeli kerana capaian internet yang elok.

4.  70% Pelanggan membeli melalui mobile.

5.  Capaian dikawasan luar bandar tidak begitu konsisten dan merupakan peluang bagi dropshiper & agen. Pihak Pos Laju mempunyai liputan dikawasan luar bandar serta di bandar.

6. Pembelian selalu berlaku pada waktu pejabat.

7.  Peringkat umur pelanggan mempunyai citarasa yang berlainan.  Umur 18-24 lebih mengemari Shawl & Bawal.  Umur 25-34 lebih mengemari tudung sarong.
 

Mobirise

Apa yang Pelanggan suka?

Pelanggan suka apabila produk dapat menyelesaikan masalah mereka.  Produk Labeyla menyelesaikan:

1.  Tempoh diambil untuk mengenakan tudung terutama tudung Lubna.  Masa bersiap dipendekkan.

2. Keselesaan untuk bekerja dan bergerak.

3. Tidak perlu seterika bila keluar dari almari ataupun keluar dari plastik.

4. Pengetahuan mengenai produk diterangkan secara "personal" dan tepat.

5. Pelanggan yang biasa dengan "shopping cart" atau pun "marketplace" lebih selesa membeli belah terus.

6. Kebanyakan pelanggan mereka sentiasa bergerak dan tidak mempunyai banyak masa untuk melihat semua produk di dalam "shopping cart" ataupun "marketplace", namum mereka ingin membeli belah secara online. Jadinya medium whatsapp dan FB menjadi saluran mereka untuk membeli.

7. Pelanggan mengambil masa 2-3 minit untuk :browse post" dan "website" untuk "scan" produk.  6 minit di ambil untuk membuat keputusan membeli. (secara purata)

Mobirise

Bagaimana mendapat Pelanggan melalui dropship?

Kami kongsikan cara bagaimana untuk membina pelanggan melalui dropship.

1.  Jika anda bekerja di pejabat, rakan sekerja anda adalah prospek. 

2.  Beli sehelai dua tudung yang anda hendak jual sebagai sample.  Letakkan di meja anda.

3. Pakai sehelai, dan hias diri supaya mereka nampak anda.  Bila mereka tanya "Cantik Tudung", cakap la .. "Saya ada beli lebih kat meja, kalau nak boleh try .. kalau rasa minat boleh la beli ... ada banyak jenis lagi ... saya boleh tolong orderkan.."

4.  Begitu juga jiran-jiran anda, buat la benda yang sama, seperti item 2 dan 3.

5.  Pelanggan yang kurang kemahiran menggunakan shopping cart atau mobile app adalah prospek anda.  Anda boleh bantu mereka membeli.  Secara tidak langsung anda membina "rapport" anda dengan pelanggan.

6.  Di atas adalah satu cara untuk mendapatkan pelanggan.  Kami akan letakkan beberapa cara lagi di sini dari masa ke semasa.

Akan datang
[Cara-cara mendapatkan pelanggan ...]

"Apa yang saya perlu ada?"

Untuk memulakan dropship dengan Labeyla anda hanya perlu ada 3 perkara.

Mobirise

"Handphone" !!! Tahukan anda bahawa 70% pembeli "online" menggunakan "handphone" untuk membeli belah.  Untuk menjual juga anda perlukan "handphone".  Kan mudah !!! Benda yang dah ada di tangan.  Jika hendak serius sikit boleh la belikan diri anda sebuah notebook.  Jika hendak mula dengan risiko rendah, handphone pun sudah memadai. 

Aplikasi untuk Pemudahcara!! Apabila anda membuat urusan melalui talian atau online, banyak maklumat yang anda perlu simpan dan guna semula.  Anda perlu menyimpan rekod jualan, invois, skrip jawapan dan lain-lain. Untuk itu anda perlukan satu aplikasi yang boleh membantu anda memudahkan kerja anda. [ Klik Sini untuk senarai aplikasi yang anda boleh gunakan]

Mobirise
Mobirise

Jika hendak berjaya, kita perlu merancang! Dalam setiap aktiviti Labeyla, kami merancang supaya dapat mencapai matlamat yang diidamkan. Begitu juga anda. Disini kami akan kongsikan template yang anda boleh guna untuk merancang promosi dropship anda. [Klik sini untuk mendapatkan template]


Maklumat bagi anda mendapatkan bantuan ada disenaraikan dibawah ini.

Address

Labeyla Legacy Sdn. Bhd.
No 8-05-01, Bangi Sentral
Jalan Medan Pusat Bandar 7A,
Seksyen 9, Bandar Baru Bangi
43650 Kajang, Selangor
Malaysia

Contacts

Email: customer.care@labeyla.com
Phone: +603-8922 0738
Whatsapp: +601116216116
(Office Hour: 0900-1800 Mon-Fri)

Links

Dropship Login 
Dropship Register 
Labeyla Academy
Shopping Cart 

Feedback

Please send us your ideas, bug reports, suggestions! Any feedback would be appreciated.

The site was made with Mobirise templates