free simple web templates

Dropship Reloaded
Labeyla 2019

Tahniah! Anda memilih untuk bersama kami dan bergelar Labeyla SuperGirl 

Mobirise

Konsep Dropship La'Beyla

1.  Layari www.labeyla.com.
2. Daftar atau Aktifkan dropship.
3. Promosi & ambil pesanan.
4. Kami poskan untuk anda.

TERCARI-CARI SUMBER PENDAPATAN SAMPINGAN?

Anda adalah sahabat Labeyla. Kami wujudkan satu program supaya dapat membantu anda untuk menambah pendapatan serta menggalakkan lebih ramai sahabat kita bergelar usahawan dan menjana pendapatan tiada batasan.

"Dropshipper akan disediakan dengan input-input untuk membantu jualan seperti gambar berkualiti, ayat-ayat copywriting jualan, testimoni dan latihan secara online dan offline. Namun untuk melonjakkan pendapatan, Labeyla amat menggalakkan Dropshipper untuk lebih kreatif dan gandakan usaha dan jadi berbeza dari yang lain."

"Dropship tidak perlu simpan stok. Hanya buat jualan, collect bayaran dari pelanggan dan submit order. Labeyla akan proses order anda dan poskan item ke alamat pelanggan anda"

"Tiada kerugian dipihak anda tanpa perlu risau stok tak terjual. Tiada masalah stok tersorok bawah katil bertahun."

"Bagi anda yang mahu lebih maju dan sentiasa ingin menambah pelanggan dan risau stok habis dan mahu lebih laju membuat jualan, Labeyla cadangkan anda memegang stok dalam jumlah minima. Memang telah terbukti mereka yang ada stok ditangan lebih laju meroket ke Marikh!"

"Anda menjadi ambassador untuk produk ‘Designer’s Collection’. Produk Labeyla mudah terjual kerana terkenal sebagai jenama yang teliti dalam menjaga kualiti produk kami."

"Dropshipper Labeyla berpeluang untuk melihat koleksi lebih awal dari pelanggan biasa. Anda akan diberi gambar-gambar koleksi terbaru sebelum ia dilancarkan."

"Senarai nama Dropshipper akan dipaparkan di laman website rasmi Labeyla dan aplikasi media social Labeyla yang lain untuk membantu anda mudah dicari."

"Dropshipper akan dikumpulkan di dalam satu group rahsia whatsapp Supergirl sebagai kumpulan sokongan untuk bertukar pendapat dan menjadi medium perkongsian ilmu dari founder Labeyla sendiri iaitu Puan Lina"

"Ganjaran-ganjaran menarik yang menunggu dropshipper yang mencapai target. 2019 mula diperkenalkan ganjaran EMAS you!"

*Jom!! Tak sabar kami nak meroket bersama anda ke bintang dan capai impian-impian yang selama ini hanya ada di dalam mimpi!

Lina Fadzil

Founder, Labeyla

Dropship di Video

Kami ringkaskan konsep dropship La'Beyla di dalam video. Saksikan.


TERMA DROPSHIP LABEYLA

  • YURAN PENDAFTARAN - Yuran pendaftaran Dropship La'Beyla HANYALAH RM 30.00 SEKALI BAYAR SAHAJA. UNTUK BULAN JANUARI SAHAJA. (MULAI BULAN FEBRUARI YURAN PENDAFTARAN AKAN MENJADI RM 60.00)
  • JOIN SECRET GROUP WHATSAPP SUPERGIRL - Selepas mendaftar pastikan anda masukkan email anda pada page subscription untuk masuk secret group whatsapp supergirl.
  • JUMLAH MINIMUM PESANAN - Jumlah TERKUMPUL MINIMUM pesanan bagi produk di laman web www.labeyla.com adalah RM 300.00 sebulan.
  • AKTIF DALAM JUALAN BULANAN - Anda perlu aktif dalam jualan bulanan. Jika anda tidak aktif dalam jualan selama 3 bulan berturut-turut, keahlian Dropship anda akan secara automatiknya akan terbatal dan anda PERLU MEMBAYAR KEMBALI RM 60.00 apabila anda  hendak aktif kembali.
  • PENGHANTARAN KE LUAR NEGARA - Sebelum membuat pesanan untuk dihantar ke LUAR NEGARA anda perlu merujuk kepada customer care kami di customer.care@labeyla.com atau pun nombor WHATSAPP 016-980 8005 untuk mendapatkan kiraan berat dan fee pos yang tepat.
  • PICK UP DI BUTIK LABEYLA - Jika anda memilih untuk "Pick Up" di butik, anda boleh mengambil produk yang anda pesan untuk pelanggan anda.
  • PEMBATALAN KEAHLIAN DROPSHIP #1- Jika secara tiga (3) bulan berturut-turut, tiada jualan yang direkodkan, secara automatik keahlian anda akan terbatal dan kami akan memberi peluang kepada dropshipper lain yang berminat.
  • PEMBATALAN KEAHLIAN DROPSHIP #2 - Jika anda melanggar mana-mana syarat yang disenaraikan diruangan ini.
  • PEMBATALAN KEAHLIAN DROPSHIP #3 - Jika anda di dapati melakukan penipuan kepada pelanggan atau pihak La'Beyla sendiri.
  • PEMBATALAN KEAHLIAN DROPSHIP #4 - Jika anda bermain harga, iaitu menjual pada pelanggan pada HARGA YANG LEBIH RENDAH daripada apa yang ditulis di laman web www.labeyla.com.
  • DISKAUN 15% - Anda akan mendapat diskaun 15% bagi setiap pembelian yang anda buat di laman web www.labeyla.com.
  • CLEARANCE SALE - Diskaun 10% tidak meliputi produk dalam CLEARANCE SALE, KECUALI DINYATAKAN.
  • KEBENARAN ESKLUSIF - Anda diberi kebenaran untuk menggunakan gambar-gambar esklusif kami dari laman www.labeyla.com tanpa membuang logo atau membuat pengubahsuaian tanpa izin.
  • KEBEBASAN - Anda diberi kebebasan untuk mempromosi mengikut keselesaan dan kreativiti.  Anda boleh menjual secara offline atau online.
  • PROMOSI ONLINE - Promosi online dibenarkan melalui Facebook profile sendiri, Fan Page yang sedia ada, Instagram, Blog atau Twitter persendirian.
  • NAMA LABEYLA - Anda dibenarkan menggunakan nama La’beyla di akaun “social media” anda dengan syarat, nama anda diletakkan disebelah hadapan dan nama La’beyla menyusuli nama anda dan tag (D) untuk menunjukan anda adalah agen dropship. Contoh “Tasya Labeyla(D)”.
  • HARGA PRODUK - MESTILAH menjual produk La’Beyla pada harga yang sama seperti yang tertera di laman www.labeyla.com.
  • KOS PENGHANTARAN - Item tidak termasuk kos penghantaran. Kos penghantaran bagi semenanjung untuk 500 gram ialah RM 8.00 dan kos penghantaran bagi Sabah dan Sarawak untuk 500 gram pertama adalah RM 12.00.
  • PERUBAHAN - Pihak La’Beyla berhak untuk membuat sebarang penambahan atau perubahan pada terma dan syarat pada bila-bila masa. Dropshipper akan dimaklumkan apabila perubahan pada terma dibuat.
  • KEROSAKAN - Jika ada kerosakan pada item seperti tersalah post item, diminta maklumkan pada pihak Labeyla terlebih dahulu. Syarat pertukaran hanyalah 7 hari daripada tarikh menerima bungkusan.
  • REWARD DAN GANJARAN - Reward akan dihadiahkan pada Dropshipper yang mencapai target.
  • Reward istimewa menanti pada Dropshipper yang berjaya. 
  • 1.  Mencecah RM1000 jualan - Hadiah MISTERI istimewa menanti anda. Reward mungkin wang tunai, handbag, voucher percutian, barangan jenama, kelas bisnes berimpak tinggi dan bermacam lagi.
  • 2. Mencecah RM2000 jualan sebulan dan ke atas - Reward EMAS! Lebih besar jualan, lebih nilai barangan kemas yang menanti! Yeay!
  • *[ TAWARAN BEST JANUARI - MAC 2019!]* 
  • 1. Reward EMAS akan diberi apabila jualan anda mencecah serendah RM1500! Gandakan usaha kumpul EMAS! EMAS! EMAS!
  • 2. Bermula April, ganjaran emas kembali diberi pada Dropshipper yang mencecah RM2000.
  • 3. Jangan terus mengalah cakap tak mampu, rekod dropshipper terdahulu membuat jualan mencecah lebih RM5000 sebulan dengan produk Labeyla. Anda mesti boleh capai lebih lagi!
  • Terma ini telah dikemaskini pada 9 Januari 2019.
Mobirise

Daftar Baru

Anda belum atau tidak pernah mendaftar di www.labeyla.com dan ingin aktifkan dropship anda. PROMOSI BATCH 3. PENDAFTARAN ADALAH RM 30.00 UNTUK BULAN JANUARI SAHAJA.

Mobirise

Pernah Daftar

Anda pernah mendaftar di www.labeyla.com sebagai pelanggan dan ingin aktifkan dropship anda.
KLIK PADA BUTANG DIBAWAH INI, LOGIN DAN AKTIFKAN DROPSHIP ANDA.  PENGAKTIFAN ADALAH RM 30.00

Mobirise

Perlu Bantuan

Kami sediakan tutorial secara video bagaimana hendak mendaftar dan aktifkan dropship anda.




Daftar Baru

Anda boleh daftar akaun baru bersama Labeyla di laman web www.labeyla.com

Pernah Daftar

Apa yang anda perlu hanyalah "Aktifkan Dropship" anda. Login ke akaun dan aktifkan dropship anda. Lihat video ini untuk caranya.

Address

Labeyla Legacy Sdn. Bhd.
No 8-05-01, Bangi Sentral
Jalan Medan Pusat Bandar 7A,
Seksyen 9, Bandar Baru Bangi
43650 Kajang, Selangor
Malaysia

Contacts

Email: customer.care@labeyla.com
Phone: +603-8922 0738
Whatsapp: +60169808005
(Office Hour: 0900-1800 Mon-Fri)

Links

Dropship Login 
Dropship Register 
Labeyla Academy
Shopping Cart 

Feedback

Please send us your ideas, bug reports, suggestions! Any feedback would be appreciated.