Dropship Terms

  1. Yuran Pendaftaran adalah RM 30.00.
  2. Anda perlu aktif dalam jualan bulanan. Jika anda tidak aktif selama 3 BULAN berturut-turut, keahlian dropshipper secara automatik akan terbatal dan jika anda hendak aktifkan kembali keahlian, anda PERLU MEMBAYAR RM 30.00 untuk mengaktifkan semula akaun anda.
  3. Anda tidak perlu menyimpan stok. JUMLAH MINIMUM untuk melayakkan anda mendapat harga dropship(Diskaun 10%) adalah sebanyak 5 unit.
  4. Anda diberi kebenaran untuk menggunakan gambar-gambar esklusif kami dari http://www.labeyla.com tanpa membuang logo atau membuat pengubahsuaian tanpa izin.
  5. Anda diberi kebebasan untuk mempromosi mengikut keselesaan dan kreativiti.
  6. Anda boleh menjual secara offline atau online. 
  7. Promosi online dibenarkan melalui Facebook profile sendiri, Fan Page yang sedia ada, Instagram, Blog atau Twitter persendirian.
  8. Anda dibenarkan menggunakan nama La’beyla di akaun “social media” anda dengan syarat, nama anda diletakkan disebelah hadapan dan nama La’beyla menyusuli nama anda dan tag (D) untuk menunjukan anda adalah agen dropship. Contoh “Tasya Labeyla(D)”.
  9. Dropshipper MESTILAH menjual produk La’Beyla pada harga yang sama seperti yang tertera di laman www.labeyla.com.
  10. Semua item tidak termasuk kos penghantaran. Kos penghantaran bagi semenanjung ialah RM 7.00 dan kos penghantaran bagi Sabah dan Sarawak untuk 500 gram pertama adalah RM 10.00.
  11. Dropshipper perlu merujuk pada customer.care@labeyla.com bagi mendapatkan kos berat sebenar bagi penghantaran keluar negara.
  12. Dropshipper boleh juga mengambil sendiri produk dengan memilih “Pick Up” bagi mengambil di Butik La’Beyla.
  13. HARGA YANG PERLU DIBAYAR OLEH DROPSHIPPER APABILA MENCAPAI 5 UNIT PRODUK ADALAH 10% DISKAUNDropshipper yang tidak aktif dan tidak membuat sebarang pembelian dalam tempoh 3 BULAN BERTURUT-TURUT akan DIKELUARKAN namanya dari senarai dropshipper La’Beyla bagi memberi peluang kepada yang lain. Pihak La’beyla berhak mengeluarkan nama-nama dropshipper jika didapati
    1. Melanggar mana-mana syarat
    2. Melakukan penipuan kepada pelanggan atau pihak La’beyla sendiri.

    3. Bermain harga, iaitu menjual pada harga yang lebih rendah dari apa yang tertulis di laman www.labeyla.com

  14. Pihak La’beyla berhak untuk membuat sebarang penambahan atau perubahan pada terma dan syarat pada bila-bila masa. Dropshipper akan dimaklumkan apabila perubahan pada terma dibuat.