Mobirise

Konsep Dropship La'Beyla

1.  Layari www.labeyla.com.
2. Daftar & Aktifkan Dropship.
3. Promosi & ambil pesanan.
4. Kami poskan untuk anda.

Bagaimana Dropship Labeyla boleh membantu anda?

Anda adalah sahabat Labeyla.  Ada masanya terfikir juga bagaimana hendak mula berniaga online tanpa modalkan?  Di sini kami cadangkan sesuatu.

Daftar atau aktifkan akaun dropship anda dan kami akan tunjukkan bagaimana dengan dropship anda boleh membina pengalaman sebagai penjual online ataupun menjadikan Labeyla sebagai platform untuk menambah pendapatan.

Anda tidak perlu simpan stok. Hanya buat jualan, mengutip bayaran dari pelanggan dan submit order. Labeyla akan proses order anda dan poskan item ke alamat pelanggan anda.

Tiada kerugian di pihak anda tanpa perlu risau stok tak terjual. Tiada masalah stok tersorok bawah katil bertahun.

Jika anda risau stok habis dan mahu kekalkan momentum jualan, Labeyla cadangkan anda memegang stok dalam jumlah minima. Memang telah terbukti mereka yang ada stok di tangan lebih laju meroket ke Marikh!  Bila anda membeli dengan jumlah yang banyak jangan terkejut tengok DISKAUN yang anda dapat.

"Anda menjadi ambassador untuk produk ‘Designer’s Collection’. Produk Labeyla mudah terjual kerana terkenal sebagai jenama yang teliti dalam menjaga kualiti produk kami."

"Dropshipper Labeyla berpeluang untuk melihat koleksi lebih awal dari pelanggan biasa. Anda akan diberi gambar-gambar koleksi terbaru sebelum ia dilancarkan."

"Senarai nama Dropshipper akan dipaparkan di laman website rasmi Labeyla dan aplikasi media social Labeyla yang lain untuk membantu anda mudah dicari."

"Dropshipper akan dikumpulkan di dalam satu group Telegram Supergirl Labeyla sebagai kumpulan sokongan untuk bertukar pendapat dan menjadi medium perkongsian ilmu dari "founder" Labeyla sendiri iaitu Puan Lina dan En. Iskandar."

*Jom!! Tak sabar kami nak meroket bersama anda ke bintang dan capai impian-impian yang selama ini hanya ada di dalam mimpi!

Lina Fadzil

Founder, Labeyla

Dropship di Video

Kami ringkaskan konsep dropship La'Beyla di dalam video. Saksikan.


"DO & DON'T"

  • YURAN PENDAFTARAN - Tahun 2021 kita tidak ada yuran        pendaftaran.  Anda hanya perlu membeli mana-mana produk Labeyla melalui website seminima RM 80.00.  Secara automatik, sistem akan bertanyakan anda untuk menjadi dropship atau tidak.                        
  • "JOIN SECRET GROUP TELEGRAM SUPERGIRL LABEYLA" - Selepas pendaftaran berjaya, anda akan di"invite" ke Telegram Supergirl Labeyla. Di situ akan dikongsikan info tentang produk, copywriting dan gambar-gambar bagi membantu anda membuat jualan.   
  • AKTIF DALAM JUALAN BULANAN - Tiada pembelian minimum yang akan diletakkan, namun HQ akan menyediakan "reward" menarik untuk Dropshipper yang aktif dan mencapai target jualan.
  • PENGHANTARAN KE LUAR NEGARA - Sebelum membuat pesanan untuk dihantar ke LUAR NEGARA anda perlu merujuk kepada Customer Care kami di customer.care@labeyla.com atau pun nombor WHATSAPP 016-980 8005 untuk mendapatkan kiraan berat dan "fee" pos yang tepat.
  • "PICK UP" DI BUTIK LABEYLA - Untuk anda yang berada di Perlis dan kawasan sekitar, anda boleh memilih untuk "Pick Up" di butik, "team" Labeyla akan berhubung dengan anda untuk mengatur temujanji untuk anda datang pick up barangan.
  • PEMBATALAN KEAHLIAN DROPSHIP #1 ( DON'T ) - Anda perlu membuat pembelian sekurang-kurangnya 2 kali dalam tempoh setahun. Jika sepanjang setahun anda tidak langsung membuat pembelian, sistem akan membatalkan keahlian dropship anda secara automatik. 
  • PEMBATALAN KEAHLIAN DROPSHIP #2 ( DON'T ) - Jika anda melanggar mana-mana syarat yang disenaraikan di ruangan ini. 
  • PEMBATALAN KEAHLIAN DROPSHIP #3 ( DON'T ) - Jika anda didapati melakukan penipuan kepada pelanggan atau pihak Labeyla sendiri. 
  • PEMBATALAN KEAHLIAN DROPSHIP #4 ( DON'T )  - Jika anda bermain harga, iaitu menjual pada pelanggan pada HARGA YANG LEBIH RENDAH daripada apa yang ditulis di laman web www.labeyla.com. 
  • DISKAUN 10% - Anda akan mendapat diskaun 10% bagi setiap pembelian yang anda buat di laman web www.labeyla.com.
  • "CLEARANCE SALE" - Diskaun tidak meliputi produk dalam "CLEARANCE SALE", KECUALI DINYATAKAN.
  • KEBENARAN ESKLUSIF - Anda diberi kebenaran untuk menggunakan gambar-gambar eksklusif kami dari laman www.labeyla.com tanpa membuang logo atau membuat pengubahsuaian tanpa izin. 
  • KEBEBASAN - Anda diberi kebebasan untuk mempromosi mengikut keselesaan dan kreativiti.  Anda boleh menjual secara offline atau online.
  • PROMOSI ONLINE - Promosi online dibenarkan melalui Facebook profile sendiri, Fan Page yang sedia ada, Instagram, Blog atau Twitter persendirian.
  • NAMA LABEYLA - Anda dibenarkan menggunakan nama La’beyla di akaun “social media” anda, kami cadangkan nama anda diletakkan disebelah hadapan dan nama La’beyla.  Anda boleh juga terus menggunakan nama perniagaan anda seperti biasa, apabila anda menjadi dropshipper Labeyla.
  • HARGA PRODUK - MESTILAH menjual produk La’Beyla pada harga yang sama seperti yang tertera di laman www.labeyla.com.
  • KOS PENGHANTARAN - Item tidak termasuk kos penghantaran. Kos penghantaran bagi Semenanjung untuk 500 gram ialah RM 8.00 dan kos penghantaran bagi Sabah dan Sarawak untuk 500 gram pertama adalah RM 16.00. (Kadar ini adalah sah pada Januari 2021)
  • PERUBAHAN - Pihak La’Beyla berhak untuk membuat sebarang penambahan atau perubahan pada terma dan syarat pada bila-bila masa. Dropshipper akan dimaklumkan apabila perubahan pada terma dibuat.
  • KEROSAKAN - Jika ada kerosakan pada item seperti tersalah pos item, diminta maklumkan pada pihak Labeyla terlebih dahulu. Syarat pertukaran hanyalah 7 hari daripada tarikh menerima bungkusan.
  • REWARD DAN GANJARAN - HQ akan menyediakan "Reward" menarik untuk Dropshipper yang aktif dan mencapai target jualan. "Reward" istimewa menanti pada Dropshipper yang berjaya. 
  • Terma ini telah dikemaskini pada 14 Januari 2021.

Address

Labeyla Legacy Sdn. Bhd.
Lot 1147B
Jalan Jejawi Permatang
Kampung Padang Petani
02600 Arau Perlis

Contacts

Email: customer.care@labeyla.com
Whatsapp: +60169808005
(Office Hour: 0900-1800 Mon-Fri)

Links

Dropship Login 
Dropship Register 
Shopping Cart 

Feedback

Please send us your ideas, bug reports, suggestions! Any feedback would be appreciated.

Created with Mobirise - Go now